Perpaduan Masyarakat Malaysia Menerusi Kebudayaan




MPU21032
ETIKA PENGHAYATAN DAN
PERADABAN


           BLOG : PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA 
                         MENERUSI KEBUDAYAAN













NAMA AHLI KUMPULAN

(Kumpulan 6)




NOOR AIRIS SYAFIQ BIN NORELAN
04DET22F1093





MUHAMMAD ZAKI BIN GHAZALI
04DET22F1083




 


ANDREW DANISH MARANN
04DET22F1052


     Kebudayaan 
  • Pengenalan
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan 
damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia jalah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan untuk perniagaan.

Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah mendefinisikan Budaya Malaysia menerusi "Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971", yang menentukan apa yang dianggap budaya rasmi, mendasarkannya kepada budaya Melayu dan mengintegrasikan pengaruh Islam. Bahasa yang sangat dipengaruhi ini; hanya teks Melayu yang dianggap sebagai teks budaya rasmi. Kawalan kerajaan ke atas media adalah kuat, dan kebanyakan saluran media berkaitan dengan kerajaan dalam beberapa cara.

Kebudayaan berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan kearah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.


  • Definisi
Pada umumnya, istilah kebudayaan sukar diberi takrif yang tepat kerana kebudayaan itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas. Malahan boleh dikatakan hampir setiap pengkaji cuba memberi definisi kebudayaan mengikut tafsiran masing-masing. Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang berasal daripada perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan akal.

Perkataan culture dalam bahasa Inggeris diambil daripada bahasa Latin, colore yang bererti mengolah dan mengerjakan. Berpandukan dua definisi ini mungkin dirasakan belum memadai untuk memberi gambaran yang jelas tentang maksud kebudayaan.

Dalam pengertian umum, 'kebudayaan' merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan pula, "kebudayaan' membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.

  • Ciri-ciri Budaya
Antara ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia adalah seperti:

> Merupakan suatu perkongsian antara masyarakat
> Diperolehi melalui proses pembelajaran
> Tidak dapat berpisah dengan Bahasa
> Wujud nilai-nilai tertentu
> Mengikut keadaan bentuk muka bumi
> Diwarisi secara turun-menurun



 AKTIVITI YANG BOLEH MEMUPUK           PERPADUAN


1) Pertunjukan seni budaya
2) Pameran budaya
3) Program interaktif
4) Pendekatan pendidikan
5) Penggunaan media sosial
6) Pengamalan toleransi


1) Pertunjukan seni budaya - Acara seperti pertunjukan tarian, wayang kulit, dan teater adalah antara aktiviti kebudayaan yang boleh memupuk perpaduan. Melalui pertunjukan ini, masyarakat boleh belajar menghargai keindahan dan keunikan budaya yang ada di Malaysia. Selain itu, ia juga membolehkan kaum yang berbeza untuk berinteraksi dan bertukar pengalaman tentang budaya dan tradisi mereka.



2) Pameran budaya - Pameran seperti Muzium Negara dan Pameran Kebudayaan Malaysia memperkenalkan warisan budaya masyarakat. Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar negara. Pameran budaya ini turut membuka ruang untuk pembelajaran dan pemahaman yang lebih dalam tentang kebudayaan Malaysia, termasuk dalam mempromosikan kepelbagaian budaya yang ada di negara ini.



3) Program interaktif - Program interaktif seperti homestay dan program pelajar pertukaran dapat memupuk perpaduan antara masyarakat berbilang kaum. Dengan mengambil bahagian dalam program ini, peserta dapat belajar tentang gaya hidup, kepercayaan, dan tradisi yang berbeza, serta memberi peluang untuk membina hubungan sosial dengan masyarakat dari latar belakang yang berbeza.



4) Pendekatan pendidikan - Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pemupukan perpaduan. Melalui kurikulum yang mengiktiraf nilai kebudayaan dan perbezaan dalam sistem pendidikan, individu akan memperoleh penghargaan terhadap perbezaan budaya. Sekolah dan universiti juga boleh menjalankan program-program yang melayani pelbagai latar belakang etnik, agama, dan budaya.



5) Penggunaan media sosial - Penggunaan media sosial memainkan peranan penting dalam memperkenalkan perpaduan di kalangan masyarakat yang pelbagai latar belakang. Media sosial dapat digunakan sebagai alat untuk memperluas pandangan kita, mempromosikan kefahaman dan penghargaan terhadap perbezaan budaya, serta menjadi platform untuk berinteraksi dengan individu dari latar belakang yang berbeza.



6) Pengamalan toleransi - Toleransi adalah elemen penting dalam memupuk perpaduan antara latar belakang yang berbeza. Individu harus mempunyai kemampuan untuk menerima perbezaan etnik, agama, budaya dan pandangan yang berbeza-beza.



KESIMPULAN

Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka kita harus mempunyai pendirian sendiri yang teguh yang tidak boleh diganggu. Setiap masalah dengan negara luar hendaklah diatasi dengan cermat, bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Malaysia sehingga kini alhamdulillah, masih aman lagi jika dibandingkan dengan negara-negara jiran yang lain. Hanya dengan kestabilan politik negara, barulah kejayaan dalam bidang lain dapat kita bina dan jalinkan. Negara yang aman damai lebih mudah menarik minat negara asing mengkaji ketamadunan budaya bangsanya. Kesusasteraan merupakan salah satu bidang yang boleh diketengahkan sebagai alat bagi menjalinkan hubungan kebudayaan dan keilmuan dengan negara luar.

Dengan itu, masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.

Ulasan