Rukun Negara

 




MPU21032
ETIKA PENGHAYATAN DAN
PERADABAN


                        BLOG : RUKUN NEGARA


 


NAMA AHLI KUMPULAN

(Kumpulan 6)




NOOR AIRIS SYAFIQ BIN NORELAN
04DET22F1093





MUHAMMAD ZAKI BIN GHAZALI
04DET22F1083




 


ANDREW DANISH MARANN
04DET22F1052





  • Pengenalan

Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan danperpaduan yang melambangkan wujudnya "kesatuan hati Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah ini bermakna "konflik yang tidak berkesudahan akan menghantui hidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme) kesetiaan permuafakatan dan perpaduan rakyat.

Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan malaysia yang diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970 Rukun Negara bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa malaysia yang bersatu padu. Terdapat ima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat untuk mencapal perpaduan yang lebih era di kalangan seluruh masyarakat memehara cara hidup demokratik mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan Saksama membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak dan untuk membentuk sebuah masyarakat progresif dengan mengunakan sains dan teknologi moden.Perkara ini dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya.Namun pada masa kini prinsip rukun negara makin terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kepentingan penghayatan rukun negara dalam menghayati prinsip-prinsip rukun negara akan dibincangkan.

Di egara kita,kerajaan telah menggubal rukun negara sebagai falsafah,etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang objektif dan prinsip rukun negara itu. Dari segi latar belakangnya, rukun negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 m 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih kental.




  • Sejarah Pembentukan Rukun Negara
Pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut berlaku di Pulau Pangkor (1960), di Bukit Mertajam (1966) dan Pulau Pinang sekali lagi (1967). Peristiwa kekacauan ini hanya berlaku secara kecil-kecilan sahaja. Langkah dan usaha yang serius iaitu peristiwa ini, Kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi

Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr Ismail Bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Cin dan mendiang Tun V.T. Sambanthan), wakil- wakil Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.

Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara

Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai Kesopanan dan Kesusilaan.

Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat, seterusnya melahirkan sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.





  • Pengisytiharan Rukun Negara

Objektif dan prinsip Rukun Negara

Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. la terbahagi kepada dua bahagian



BAHAGIAN PERTAMA

Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-

   1) Mencapai perpaduan yang lebih erat

   2) Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik 

   3) Mencipta sebuah masyarakat  yang adil 

   4) Membentuk sikap yang liberal

   5) Membina sebuah masyarakat progresif



BAHAGIAN KEDUA

Menggariskan lima prinsip Rukun Negara yang berikut:-

  1) Kepercayaan kepada tuhan

  2) Kesetiaan kepada raja dan Negara

  3) Keluhuran perlembagaan 

  4) Kedaulatan undang-undang

  5) Kesopanan dan kesusilaan





  • Maksud Rukun Negara









1 . Kepercayaan kepada tuhan


Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.




2 . Kesetiaan kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.


3 . Keluhuran Perlembagaan 


Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.



4 . Kedaulatan Undang-Undang 


Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang ijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.



5 . Kesopanan dan Kesusilaan 


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.





  • Kebaikan Rukun Negara


1 .  Mencapai perpaduan yang lebih erat

-Melalui usaha untuk mencapai perpaduan,semua lapisan masyarakat perlulah menanam cita cita yang positif bagi membentuk satu bangsa dan negara supaya kekal lama.sebagai contoh, iaitu ketika dilanda covid-19,semua masyarakat mestilah bersatu padu dengan mematuhi SOP semas covid-19. Hal ini perlu dipatuhi supaya dapat mengurangkan kes.


2. Mencipta sebuah masyarakat yang adil

-semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Hal ini demikian keranan masyarakat yang adil akan wujudkan negara yang stabil dan masyarakat yang aman.Contohnya,kerajaan mestilah membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada semua masyarakat tanpa mengira berbilang kaum.
Semua masyarakat bebas mengamalkan agama dan adat resam masing-masing. Malaysia dikenali di seluruh Negara kerana mempunyai kekayaan dalam pelbagai kaum 


3. Membina sebuah masyarakat progesif

- memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap negara memelukan masyarakat yang progesif terhadap kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini Masyarakat yang progesif terhadap kemajuan sudah tentu memberi banyak manfaat kepada Negara.contohnya dalam bidang ekonomi.
Memelihara satu cara hidup demokratik


4. Memelihara satu cara hidup demokratik

-perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara.Umum mengetahui, sistem pemerintahan di malaysia dijalankan secara demokrasi,contohnya semasa pilihan raya



  • Kesan Mengabaikan Rukun Negara

Pengabaian terhadap Rukun Negara telah menunjukkan implikasi yang negatif khasnya dalam kehidupan masyarakat.

Meskipun diajar dan dihafal di sekolah, kepentingan Rukun Negara semakin tidak diutamakan.

Malah, tidak keterlaluan dikatakan, mungkin sudah ada terlepas pandang dan terlupa kepentingan Rukun Negara.

Justeru, tidak menghairankan sehingga ada yang terlupa akan kewujudan Rukun Negara dan falsafahnya.

Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) menyoroti kembali krisis yang berlaku di dalam negara kita sejak PRU-14 yang lalu sekitar tahun 2018.

Ketidakharmonian dan ketegangan antara kaum berlaku di dalam masyarakat, dari isu setempat hinggalah isu nasional.

Krisis ini berlaku akibat pengabaian Rukun Negara dalam kehidupan masyarakat majmuk.

Apabila prinsip kepercayaan kepada tuhan diabaikan, maka pelbagai fahaman liberal mula menusuk masuk ke dalam minda masyarakat.

Prinsip kesetiaan kepada negara juga diabaikan apabila terdapat pelbagai kes yang menghina institusi negara kita seperti isu bendera Jalur Gemilang yang salah spesifikasi, isu lagu Negaraku, isu Jata Negara, dan isu Bahasa Melayu itu sendiri, yang menjadi Bahasa Kebangsaan.

Apabila prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang diabaikan, maka semua yang terkandung dalam perlembagaan termasuk soal hak-hak Istimewa orang Melayu dan Bumiputera, kedudukan raja, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama Persekutuan, telah menjadi perkara pertikaian hingga meranapkan kontrak sosial berasaskan kompromi antara kaum yang selama ini menjadi tunjang perpaduan antara kaum di negara kita.







  • Kesimpulan  

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. la penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri.

Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga - mencurigai antara satu sama lain.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain.Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik.

Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai 'internal cohesion' atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali


Pautan 

Ulasan